Monday 23 January 2012

Sudah Bersediakah Diriku????

Alhamdulillah masih diberi kesempatan oleh Maha Pencipta untuk menulis d ruangan maya ini…..
Syukur yang xthingga kepada Allah kerana masih di beri peluang untuk terus menegakkan Deen di bumi Allah ini….
Akhir2 ini hati kian tenang berbanding sblm2 ni
Dari mana dtgnya ketenangan ini?........Sudah tentunya dari Allah s.w.t Yang Maha Pemurah memberikan nikmat ketenangan kepada hamba2 yg dikehendakinya… Terima Kasih Allah…semoga Allah terus menerus memberikan nikmat ini kepada kita semua…
Kunci untuk mencari ketenangan adalah selalulah memohon dr Allah dengan sentiasa mengingati-Nya dan mendekatkan diri kepada-Nya…Mohonlah kepada-Nya…

“Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan”
Al-Fatihah – ayat 5
Sejak kebelaknagn ini selalu terfikir tentang tanggungjawab……
Orang slalu ckp yg ciri2 orang yang baik itu adalah orang yg bertanggungjawab atas apa yg d kerjakannya…

Tp sejauh manakah pengertian kita tentang tanggungjawab?????…..setakat mana skop tanggungjawab yang bermain di kotak pemikiran kita?????.......adakah meliputi  segla aspek dunia sahaja @ akhirat sahaja @ kedua2nya?????

Masing2 tanya diri sendiri apa sebenarnya tanggungjawab yang diberikan oleh Allah untuk kita hidup di dunia ni sebagai seorang khalifah…
Tanggungjawab ini selalu dikaitkan dengan amanah…betulkan???
Persoalan inilah yang selalu bermain difikiranku
Adakah aku mampu menjawab dengan baik sekiranya Penciptaku bertanya di hari penghisaban nnti ttg tnggungjawab yg ku pikul semasa di dunia????huhuu…Permudahkanlah ya Allah…

Tanggungjawab selaku hamba Allah (melakukan segala perintahnya dan menjauhi segala larangannya)
Tanggungjawab  selaku ummat Muhammad (meneruskan perjuangannya untuk Islam)
Tanggungjawab selaku seorang Muslim (memelihara kesucian agama dan menyebarkannya)
Tanggungjawab selaku seorang anak (berbakti dengan ibu bapa)
Tanggungjawab selaku seorang abang (mendidik adik2 kearah kebaikan)
Tanggungjawab selaku seorang adik (sama2 memikul tugas untuk berbakti kepada ibu bapa dan agama)
Tanggungjawab selaku seorang rakyat (keprihatinan terhadap perlaksaan ajaran Islam di negara kita)
Tanggungjawab selaku seorang sahabat (membimbing dan membawa sahabat ke jalan yang diberkati Allah)
Tanggungjawab selaku pemimpin persatuan (melaksanakan segala amanah dengan telus)
Dan apabila telah mempunyai Zaujah di dunia bertambah pula dari segi tanggungjawabnya
Tanggungjawab selaku seorang suami (mendidik dan memimpin isteri tentang keperluan dunia dan akhirat)
Tanggungjawab selaku seorang Ayah (melahirkan zuriat2 yang soleh dan solehah)

Dan sebenarnya banyak lagi taggungjawab2 yang dipikul perlu diselesaikan sementara Allah masih memberikan kesempatan untuk menyelesaikannya
Ingatlah wahai saudaraku sekalian….semua tanggungjawab2 ini akan di tanya Di hadapan Penciptamu pada hari Akhirat nanti….
 Hidup ini adalah pilihan…..kita berhak memilih apa sahaja yang kita inginkan…Tetapi perlulah berlandaskan dengan apa yang diperintahkan oleh Allah dan Rasul-Nya….

Kita boleh melakukan apa2 sahaja di dunia ini TETAPI INGAT!!!...semua ini akan ditanya oleh Allah….

Sejauh mana persediaan kita untuk menjawab Di hadapan Allah???????....sudah bersediakah kita bila mana mulut kita akan terkunci untuk menjawab dan anggota2 lain yang menjawab kesemua pekerjaan kita di dunia….

“Dan kamu tidak dapat bersembunyi dari kesaksian pendengaran, penglihatan dan kulitmu terhadapmu, bahkan kamu mengira Allah tidak mengetahui banyak tentang apa yang kamu lakukan…Dan itulah dugaanmu yang telah kamu sangkakan terhadap tuhan mu, dugaan itu telah membinasakan kamu, sehingga jadilah kamu termasuk orang yang rugi”
Al-Fushshilat – ayat 22 &23

Marilah kita sama2 bermuhasabah diri tentang perkara ini….sama2 kita melaksanakan segala tanggungjawab yang kita telah akur untuk memikulnya….
Jangan jadikan neraka yang penuh dengan azab Allah itu destinasi akhir hidup kita di akhirat…

v  Semoga kita menjadi hamba Allah yang sentiasa melaksanakan apa yang di perintahkan-Nya dan menjauhi perkara yang membawa kepada kemurkaan-Nya..

v  Jadilah seorang ummat Muhammad yang terpilih untuk menerima syafaatnya di Yaumil Qiamah

v  Jadilah seorang anak yang menyebabkan kedua ibu bapa kita dapat menikmati keindahan Syurga Allah dan bukanlah menjadi seorang anak yang menyebabkan kedua ibu bapa kita terseksa dengan azab api neraka Allah….Nauzubillah!!

Renung2kanlah, selamat menempuh hari2 yang lebih indah dan selamat beramal demi Lillahita’ala.

Sesungguhnya Solatku, Amalku, hidupku dan Matiku adalah kerana Allah yang menguasai sekalian alam.

Wallahu’alam

Sunday 8 January 2012

Kekasih Ku Dunia Akhirat



Walaupun jasad kalian jauh dari jasadku…namun pada hakikatnya kalian sangat dekat dgn diriku
Namun ingin sekali ku merasakan agar jasad ku benar2 di hadapan jasad mereka berdua
Agar aku dapat mendakap jasad manusia yang paling ku cintai di dunia ini

Sesungguhnya jasa kalian sangatlah besar dalam kamus hidupku
Tidak terhitung dengan nilai wang ringgit
Menitis air mata apabila terbayangkan senyuman mereka yang mengukir seribu pengharapan kepada diriku untuk meneruskan perjuangan untuk menjadi insan yang baik
Wajah mereka berdua sangat memberikn aku semangat disamping membuatkn aku sentiasa mengingati penciptaku

Ya Allah aku merindui mereka berdua Ya Allah
Peliharalah mereka sebagaimana mereka memelihara aku dari semenjak diriku ini mengenal nikmat dunia hingglah saat ini
Hindarilah mereka dari kejahatan syaitan dan kejahatan manusia yg akur dengan hasad dengki….
Aku tidak mampu membalas jasa mereka Ya Allah….

Namun aku akan mencuba sedaya upaya untuk menjadi seorang anak yang soleh
Dan aku berharap sekiranya Allah menjemput mereka dari alam dunia ini, biarlah aku yang

~ Memandikan jenazah mereka ~

~ Mengkafankan mereka  ~

~ Mengimamkan solat jenazah mereka ~

~ Dan orang menurunkan jenazah mereka ke liang lahad ~

Semoga Allah memanjangkan umur mereka berdua dan memberikan ketabahan hati untuk meneruskan kehidupan di atas muka bumi Allah yang penuh dengan dugaan dan cabaran


Monday 2 January 2012

Gerbang Kehidupan Tahun Baru : Tahun 2012

ÉOó¡Î0 «!$# Ç`»uH÷q§9$# ÉOŠÏm§9$#

Alhamdulillah

Akhirnhya sampailah juga umur ini menjejak ke permulaan tahun 2012…..

Pertama sekali syukur alhamdulillah kepada allah kerana masih memberi peluang kepada kita semua untuk terus hidup sementara di atas muka bumi allah ini dengan nikmat iman dan islam serta meneruskan perjuangan di akhir zaman ini……

Semoga allah memberikan keampunan kepada kita semua atas segala kesalahan/ dosa2 yg kita pernah lakukan sama ada secara sengaja atau tidak sengaja pada tahun yang lepas…...

Masuk tahun baru ni semua orang akan bercakap tentang azam yang baru……tapi kadang2 orang akan lupa dengan azam yang lepas adakah telah tercapai ataupun tidak?????…..

Banyak azam2 yang terbelangkai dan tidak tercapai pon sehinggalah muncul lembaran tahun baru dengan menambah azam yang baru pula…..

Wahai sahabat2 sekalian, semoga tahun ini kita semua akan lebih berdisiplin dalam melunaskan segala azam2 yg ingin kita capai…..

jadikan pengalaman dan kesilapan2 yang lepas sebagai pengajaran dan ciptalah pembaharuan dan penambahbaikan agar hidup kita lebih bermakna pada tahun ini dan akan menjadi lebih dekat kepada pencipta kita…

Beringatlah wahai saudaraku sekalian, akhir zaman ini adalah zaman yang penuh dengan fitnah2….banyak liku2 perjuangan samaada secara pahit ataupon manis yang kita terpaksa tempuh demi terus menegakkan syiar islam di atas muka bumi allah…….

Beberapa puluh jam lagi, kita menempuh peperiksaan untuk akhir semester ini…terlalu banyak persediaan yang dilakukan untuk memastikan kecemerlangan dalam akademik terus tercapai....

Alangkah indahnya sekiranya persediaan sebegini juga kita lakukan untuk peperiksaan yang bakal kita tempuh di alam barzakh dan alam mahsyar…..renung2kanlah

Ingatan untuk diri sendiri dan sahabat2, semakin meningkatnya umur kita semakin dekatlah kita kepada kematian....ramai sahabat2 yang seangkatan umurnya dengan kita telah pon meninggalkan alam dunia ni menuju ke alam barzakh….sudah bersedia kah kita???????......

Carilah harta di dunia ini seolah2 kita tidak akan mati selama2 nya dan beramallah seolah2 esok hari kita akan masuk ke liang lahad….
Wallahu’alam