Sunday 6 November 2011

Lebaran diperantauan

Syukur Alhamdulillah kerana masih diberi ksempatan untuk menikmati segala kurniaan Allah dan boleh berkongsi sedikit luahan kalbu dan perkongsian pengalaman…

Sekali lagi saya diberi peluang untuk merasai dan merayakan Aidiladha di perantauan yang mana diri ini sangat berjauhan dengan family secara zahirnya…..

Hati ini sebenarnya ingin berada disamping keluarga pada saat2 ini, namun terlalu banyak kekangan dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakn disini….

Walaupun berjauhan dengan mereka, hati ini sentiasa mengingati mereka dan rasanya sentiasa bersama mereka walaupun jasad ini berada sangat jauh jaraknya dgn mereka.

Sunyi sepi suasana kolej kediaman sbb hampir 80% penghuninya merayakan Aidiladha bersama keluarga tersayang…..Yg ada disini majoriti student sabahan dan sarawakian sahaja….ada juga segelintir pelajar semenanjung yg xbalik…..

Hati ini diselubungi dengan perasaan cemburu yang amat sangat dgn rakan2 lain apabila melihat kelibat mereka menggalas beg dan bagasi menuju ke perhentian bas…..
Dapat dirasakan betapa gembiranya hati merka kerana tidak sabar untuk meluangkan masa bersama keluarga setibanya di kg halaman….

Hati ini hanya merasa perasaan seperti itu setahun sekali sahaja….berbanding dengan rakan2 yg lain yg mna boleh merasainya 2, 3, 4 kali sepanjang tahun…..nk balik setiap minggu pon boleh….

Walaupun sering merasa cemburu, hati ini terpaksa juga untuk ditabahkan, dikuatkan azamnya dan diselubungi dengan kesabaran walaupun kdg2 terasa amat berat untuk menampungnya.

Semangat perlu dibina untuk meneruskan perjuangan dgn mmbawa seribu hrpan dari keluarga tersyg…..

Awal pagi lagi jasad ini dikejutkan dengan bunyi alarm telefon yg menjadikan mimpi indah terus tergendala….

kedengaran laungan takbir raya dari surau2 dan masjid yg bdekatan menjadikan hti ini terasa sebak kerana biasanya laungan seperti ini kedengaran bila mana wajah-wajah tersayang berada didepan mata.

Teringat seketika suasana Aidiladha di kg halaman…selepas subuh lagi para jemaah telah berkumpul di masjid untuk sama2 melaungkan takbir tanda mengabdikan diri kpd pencipta yg Maha Agung…

Pada waktu ini bonda tersayang sedang sibuk memasak di dapur dan kadang2 mencuri sedikit masa juga untuk melayan karenah anak2 tersygnya untuk persiapan diri ke masjid….
Walaupun suasana persiapan aidiladha tidaklah seperti persiapan aidilfitri, namun bondaku terus menerus mencurahkan keringatnya……

Hati ini mnjdi rndu yg amat sgt…..wlupun ku tahu bonda msti sdg sibuk diwaktu2 bgini tp ku tetap juga ingin mendengar suaranya di pg yg penuh barokah ini…. Tp sygnya bondaku mmg tlalu sibuk dan tidak dpt meluangkan sedikit masa pon untuk memperdgrkn suaranya kepada diri ini…

Dengan perasaan yg sgt2 sedih jari jemari ku terus menaip mesej ucapan aidiladha untuk keluargaku tercinta…..

Sungguh berbeza apa yg drasa pd Aidiladha thn ni bbanding thn yg lps…sgt3 bbeza…….
Kaki ini terus melangkan ke bilik air untuk membersihkan diri sebelum menuju ke masjid untuk menunaikan solat sunat Aidiladha….

Kebetulan selepas sahaja keluar dari bilik air, telefon ku bdering….
Akhirnya dapat jugalah ku mendengar suara manusia yg melahirkan diri ini ke dunia….terasa sgt bhgia mendengar suaranya dan terasa terubat sedikit rndu ini kepadanya….

Setelah itu, ku melangkahkan kaki ku untuk menuju ke surau Al-Falah bersama sahabat2 ku dgn hati yg gembira seolah-olah mendapat semangat yg baru…..

Setibanya di surau, kelihtn agk ramai jemaah yg memenuhi ruang surau dan majoritinya adalah warga-warga Indonesia yg menjadi pekerja pembinaan kampus baru…
Mgkin hati mereka ini jauh lebih sedih berbanding hati ini kerana kg halaman meraka berada lebih jauh jaraknya dan mereka terpaksa meninggalkn kg halaman semata2 untuk menyara hidup keluarga yg jauh di mata…

Sanggup berkorban untuk mencari rezeki di negara orang demi menyara hidup keluarga…..
Sanggup berjauhan dengan isteri dan anak2 tersyg……
Sanggup untuk berkerja berat bg mendpt sejumlah wang untuk dikirimkn ke kg…
Sanggup untuk tidur ditempat yg kurg selesa…asalkn dpt melelapkn mata untuk membina semula tenaga untuk berkerja pada hari seterusnya….
Sanggup untuk makan sekadar untuk menghilangkn lapar…bukanlah untuk kenyang semata-mata

Ternyata hati mereka jauh lebih sedih jika dibandingkn dgn hati ini…Namun, atas nama pengorbanan, semua ini dapat ditempuh dengan semangat tanpa mengenal erti putus asa….

Ketabahan mereka haruslah dicontohi agar ia menjadikan kita sentiasa rasa bersyukur atas apa sahaja nikmat yg telah Allah berikan…..

Syukur Kehadrat Ilahi atas segala limpah kurnianya terhadap diri yg hina ini….


Salam Aidiladha dari perantauan buat keluarga yg tersyg n shbt2 yg mengenali diri ini…

Wallahua’lam








2 comments:

  1. sabar boss !
    tak lama lagi tuu..
    nanti pulang la ke kmpung hlmn na !

    **da igt password ke..hahaha

    ReplyDelete
  2. Makanya balik kalu raya... hahaha...

    ReplyDelete