Tuesday 20 September 2011

Ucapan Salam



ASSALAMUA’LAIKUM



Satu ungkapan yang sering keluar dari mulut orang2 yg mnjdikan islam sbg agamanya

Setiap perbualan mesti dimulakan dengan ucapan salam
Sebelum masuk ke rumah pon mesti didahului dengan memberi salam
Menjenguk sanak saudara pon mesti dimulakan dengan ucapan salam
Berhubung melalui telifon bimbit pon mesti didahului dengan ucapan salam
Seorang guru yang ingin memulakan pengajarannya mesti memberi ucapan salam kepada murid2nya
Dalam Ibadah solat sendiri menjadikan ucapan salam sebagai salah satu rukun solat yang wajib dikerjakan
Ucapan salam sememangnya telah sebati dengan apa sahaja amalan kehidupan seharian seorang muslim


Hukum kita memberi ucapan salam adalah sunnah yang mana menjadi amalan Rasulullah S.A.W ketika baginda masih hidup.
Satu ucapan yang disebut mengikut sebutan bahasa Arab iaitu bahasa Rasulullah S.A.W
Walaupun muslimin & muslimat di muka bumi ini terdiri daripada pelbagai kaum dan menggunakan pelbagai bahasa pertuturan, ucapan salam tetap disebut dalam bahasa Arab


Namun pada masa kini ramai muslim yang memberi salam tidak mengikut sebutan yg betul yang menyebabkan maksud salam yang diberikan tidak sama dengan maksud yang sebenarnya
Ada juga segelintir muslim yang memberi salam dengan hati yang tidak ikhlas
Tidak ikhlas dalam memberi salam dapat digambarkan dengan memberi ucapan salam dengan mimik muka yang kurang enak dipandang, sebutan yang salah, asalkan bunyi “kum” kt blkang jadilah.
Keadaan begini yang menjadi fenomena kepada orang2 islam pada masa kini



MENURUT SAYA, ORANG YANG MEMBERI SALAM DENGAN BETUL2 IKHLAS ITU ADALAH ORANG YANG MENYEBUT UCAPAN SALAM TERSEBUT DENGAN BETUL SEBUTANNYA DITAMBAH LAGI DENGAN MIMIK MUKA YANG CERIA SERTA SENYUMAN IKHLAS MENYEBABKAN KITA YANG MENERIMA UCAPAN TERSEBUT TERASA KEIKHLASAN DARI SI PEMBERI SALAM.

Subhanallah.... agak susah untuk saya ungkapkan dengan tulisan bagaimana keikhlasan tersebut terasa


Kesimpulannya,

Saya mengingatkan diri saya sendiri dan sahabat2 sekalian marilah kita sama2 perbaiki kelemahan yang ada pada diri terutamanya dari aspek memberi ucapan salam kepada orang lain. Berilah ucapan salam  dengan menggunakan sebutan yang betul, ikhlaskan hati & ukirlah semanis senyuman
Jawab x jawab 2 bkn jadi masalah kepada yang pemberi salam. Itu menjadi tanggungjawab si penerima untuk menjawab ucapan salam yang diberikan ( DOSA TAU XJWB SALAM)
Yg penting kita memberi salam dengan hati yang ikhlas
InsyaAllah semoga mendapat keberkatan dari-NYA............


~Wallahu A’lam~





3 comments:

  1. satu sebaran nsihat yg baik..betulkan yg biasa dibuat..agr pmbetulan yg dbuat mnjdi kebiasaan..:)

    ReplyDelete
  2. kadang-kadang hal yg remeh ni org buat tak tahu jer kan... thanks sebab sharing,.

    ReplyDelete